Thursday, March 10, 2011

Perpindahan Blog

Dengan ini diumumkan ... sepertimana kita berpindah dari rumah teres ke rumah banglo ... blog ini juga telah berpindah dari laman blogspot ke laman sendiri ...

Silalah berkunjung ke neddostudio.com ... orang ramai dijemput hadir =)

Friday, February 11, 2011

Penulisis Prolifikus

Sila jangan Google tajuk di atas. Sesungguhnya ia bukanlah nama spesis tumbuhan baru yang dijumpai di mana-mana ceruk dunia [melainkan korang memang Google lepas tu jumpa, tu aku tak jamin la]

Baru-baru ini ketika ward round sempat berborak dengan salah seorang rakan yang juga seorang penulis [ye, tengah-tengah ward round pun aku leh borak...] Dia pernah menerbitkan sebuah novel berbahasa Inggeris, tetapi sebaik sahaja memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41 [tuuu dia, nama penuh jawatan tuh] dia tidak lagi menulis. Tiada masa, katanya. Saya setuju. Lagi-lagi dia seorang novelis. Lainlah saya yang sekadar cerpenis buat masa ini. Kalau ada cuti dua hari, mungkin masih boleh siapkan satu cerpen. Itu pun bergantung pada mood. Sejak bekerja, mudah benar putus mood. 'Rasa' tu mudah benar memejalwap ke udara, hilang begitu sahaja. Mungkin kerana setiap kali hendak mula menulis, minda pesimis bersuara, "Esok/lusa kan dah kerja. Dah tak ada masa" Tapi seminggu lepas saya berkesempatan menyiapkan satu lagi cerpen. Kejayaan yang tak seberapa ini saya kongsi bersama rakan yang saya katakan sebentar tadi. Dia menggelar saya 'penulis prolifik.'

Kui kui kui... terlepas tawa saya di situ juga. Penulis prolifik? Layakkah saya diberi gelaran itu? Hendak kemaskini blog pun jarang-jarang sekali. Novel bersiri, atau saya panggil 'novel berbabak' S.S.S. di kapasitor.net sudah lama tertunda walaupun jalan cerita sudah ada di kepala. Siap cerpen satu, dua dalam 3-4 bulan sekali sudah dikira mujur. Idea untuk buat novel... fuh, tak payah cerita... berkoyan-koyan! Tapi buatnya? Sinopsis pun belum tentu.

Hakikatnya masa saya memang dicuri oleh kerja. Bilakah agaknya tiba waktu dan ketika di mana kerja itu sendiri memanfaatkan sepenuhnya masa yang saya ada? Wallahualam tetapi harap-harap satu hari nanti tiba juga. InsyaAllah...

Bercerita mengenai cerpen yang baru saya siapkan... asalnya panjang cerpen ini ialah 14 mukasurat. Panjang tu. Sepatutnya cerpen 8-12 mukasurat, langkau 2 baris. Saya pula bertujuan untuk menghantar cerpen ini ke Berita Harian/Berita Minggu. Lagi leceh. Suratkhabar yang satu ini mengira ikut baris - tidak lebih daripada 150 baris. Cerpen saya: 250 baris. Waduh, parah ni. Macamana nak potong tanpa mencacatkan karya? Abah tercinta pernah berkata, kalau dalam industri filem, a really good director is also a good editor. Kalau diaplikasikan dalam bidang penulisan, sepatutnya prinsipnya sama juga. Jadi, saya cuba. Alih-alih, saya berjaya menjadikannya lebih kurang 150 baris. Tapi banyak bahagian-bahagian sinikal yang saya gemari terpaksa dipotong. Ceritanya jadi biasa. Tiada sindiran yang biasanya menjadi tandagaya saya [untuk makluman, 'tandagaya' ni perkataan baru yang aku reka sendiri. Sepatutnya mambawa maksud 'trademark'. Yes laa... lepas ni kena saman dengan DBP]

Berbaloikah? Hanya semata-mata untuk diterbitkan di dada akhbar? Tetapi bergunakan sesebuah karya jika tidak dibaca umum? Bernyawakah ia? Tetapi bukankah menulis itu untuk kepuasan diri? Kalau terlalu banyak dicantas hingga hilang jati diri dan jiwa karya itu, bagaimana?

Lama juga saya berfikir. Saya masih belum mencapai konklusi. Ini dinamakan korban karya... namun harus sejauh manakah ia..

...

Monday, January 31, 2011

"Hujannn... Sejuk sungguh rasanya..."

Pernahkah terjaga di suatu tempat dan merasakan anda berada di tempat lain? Perkara itu terjadi pada saya tengah hari ini. Mata lelap sekejap di hostel tempat kerja. Semalam hujan seharian, begitu juga hari sebelumnya walau setengah hari sahaja. Mungkin hujan yang mengaburi minda? Wah, mudahnya menyalahkan alam... (*amaran* entri hari ini mungkin merapu ala budget sastera... tahankan jer ler...)

Hari Sabtu saya panjangkan langkah. Sahabat-sahabat seolah memulaukan - dua di Melaka, dua lagi di Ipoh, seorang pula sibuk menguruskan walimatul-urusnya yang bakal berlangsung tak lama lagi. Mama, abah dan mak sudah selamat di Dubai - bercuti. Oh, alang-alang... mari kongsi bersama perbualan ringkas dengan mama berkenaan cuti:

Mama: Adik, mehla ikut gi Dubai!
Saya: *muka slenga*Adik keje...
Mama: Cutilah! Raya Cina kan cuti panjang. Hari Wilayah lagi...
Saya: *masih muka slenga* Selayang kat Selangor (tapi Sepang kat Wilayah pulak! Anehhh!)
Mama: Owh... Raya Cina?
Saya: Adik Cina ke?
Mama: Taklah! Satu Malaysia cuti kan!
Saya: Masa Raya Puasa adik cuti dua hari, Raya ketiga dah on-call sebab tak cukup orang coverkan untuk Raya. Raya Haji lagilah, tak cuti langsung. Mama rasa, Raya Cina adik dapat cuti ke?
*bunyi cengkerik*

Kembali kepada cerita langkah panjang. Jadi hari Sabtu saya mencari ketenangan. Hujan turun sepanjang perjalanan. Lebatnya sederhana. Sampai ke destinasi disambut mesra. Apalah nak dibanding sejuknya hujan dengan hangatnya kasih sayang. Malam tiba - hujan diredah untuk menjamu selera. Seronok melihat lauk-pauk terhidang menjadi licin dan selamat masuk ke perut. Kata orang, kenyang perut senang hati.

Udara sejuk menyelinap ke setiap ruang rumah. Ikutkan penat mahu terus beradu. Tetapi rugilah jika tidak dinikmati tenang ini, memecah sunyi dengan berbual. Pukul 2 baru cari bantal. Masih hujan... bestnye tido... Terjaga pukul 5.3o pagi kerana jam biologi sukar diubah. Sambung tidur sampai pukul 7.00 pagi.

Masih hujan... tapi langkah terus dipanjangkan. Kalau langkah tak panjang, tak merasalah 'kopi kereta api'. Deru hujan menggantikan deru dari rel kereta api. Roti bakar bun, nasi lemak bungkus dan telur setengah masak jadi santapan pagi itu. Kopinya... pergh! Layannn...

Hujan lagi dan lagi dan lagi... sehingga balik perlu berteman. Risau katanya. Risau yang membawa bahagia, hehe... Teman pulang awal pagi seraya saya ke tempat kerja. Hujan masih belum reda. Kala reda, rindu masih ada.

Ada apa dalam hujan agaknya...