Monday, September 20, 2010

heartless...

Seorang anak bongsu berumur belasan tahun ke hospital untuk menjaga ibunya yang belum pun mencecah 60 tahun...

Ibunya masuk ke hospital kerana tiba-tiba pengsan di rumah... entah kenapa. Sebelum ni baik-baik saja. Kalau ada pun penyakit, sekadar darah tinggi saja.

Tadi dia terdengar abang sulung bercerita, doktor kata mak ada pendarahan dalam otak. Tekanan darah terlalu tinggi membuatkan salur darah di kepala pecah.

Serius bunyinya. Jantung si anak berdegup kencang. Janganlah apa-apa jadi pada mak... ayah sudahlah tiada...

Ketika si anak bongsu di sisi katil ibu, bertemankan mak long, mak ngah segala... datang seorang doktor. Tegas wajahnya. Begini katanya...

"Mak ni sebenarnya brain-dead. Tau tak brain dead? Maksudnya mak ni sebenarnya dikira dah meninggal. Dia hidup pun sebab kita bagi alat bantuan pernafasan. Kita bagi dia satu-dua hari saja. Memang dah tak dapat diselamatkan"

Lancar saja kata-kata itu keluar dari si doktor. Tak berkelip matanya... jadi mustahil dia tidak nampak si anak bongsu tergamam sehingga nyaris pitam, disokong dek mak longnya. Dunia jadi gelap seketika. Kemudian... tatkala kata-kata itu benar-benar meresap dalam minda dan menusuk tajam ke dalam hatinya... "Ya Allah, mak dah tak ada... mak dah tak ada...!"

Tatkala itulah air mata mencurah bagai hujan.

Namun air muka si doktor tiada sekelumit simpati.

Mungkinkah sudah terlalu kerap berhadapan situasi begini? Atau mungkin sengaja dipaparkan riak wajah membatu sebegitu bagi melindungi hati sendiri?

Janganlah aku begitu... harap aku tak akan pernah begitu...

3 comments:

  1. salam, cik neddo.
    seriously ur writings inspiring me.. suke btol baca post2 cik neddo, tmasuk yg lepas2.

    dunt stop buat ape yg u minat, u got that talent, girl! keep it on! chaiyok!

    =)
    ur latest fan.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, mungkin untuk menyembunyikan kesedihan Doktor berkenaan terpaksa membuang rasa simpati....

    ReplyDelete
  3. mungkin juga..
    tapi saya sendiri takkan mampu..
    air mata tak akan mengubah apa-apa..
    tapi kata pelembut hati, pemberi semangat tu tetap akan ada kesannya..
    kita manusia diberi hati, dikurnia perasaan..
    akal fikiran walau setajam mana diasah, masih perlu disatu dengan jiwa..

    ReplyDelete