Thursday, December 30, 2010

Si Burung Biru, Si Harimau Malaya

Waduh, waduh... kok sudah lama nggak menulis di sini! Haruslah saya akui, posting kedua di Hospital Selayang ini lebih tenang [bebudak skang panggil 'chillax'- gabungan 'chill' ngan 'relax'] berbanding posting pertama. Mungkinkah... kerana saya bertambah mahir? [Tak larat, masuk lif tekan sendiri] Atau mungkinkah... saya makin menyukai pekerjaan ini? [Background lagu D'Lloyd - Oh tak mungkin! Tak mungkin!]

Yang pastinya hidup sudah sedikit lapang berbanding dulu. Tapi saya masih menunggu saat dan ketika di mana saya benar-benar berasa seronok hendak ke tempat kerja [nama pun spital, siapa yang seronok gi spital?] Tapi yalah... kalau menunggu buah durian gugur dari pokok, mampulah kita nak bermalam di pondok usang walaupun ditakut-takutkan dek cerita dongeng hantu durian bak cerita Upin dan Ipin [apakah yang daku karutkan ini]. Tapi kalau menunggu nak suka kerja yang memang kita tak suka, yang memang tak serasi dengan jiwa kita... ibarat menunggu buah durian tu jadi buah anggur la gamaknya [korang paham tak analogi aku nih?]

Cukuplah bicara tentang kerja.

Baru-baru ini seorang rakan datang mengadu. Katanya hati terguris, hati terluka. Orang yang dianggap kawan baik, kawan kamceng habis... dek kerana sedikit perselisihan faham, sanggup mengutuk dan mengatanya di Twitter.

Haih... aneh bagaimana Twitter ini boleh mengubah cara kita berhubung dengan begitu mudahnya. Tiba-tiba kita sudah tidak perlu bersemuka. Cukuplah sekadar meluah perasaan di Twitter. Semua orang boleh baca. Diulang - SEMUA ORANG boleh baca. Tak kiralah kita sedang bercinta, bergaduh, makan, mandi, buang air... semua pun orang tahu. Bergantung sama ada kita mahu beritahu ataupun tidak. Tapi dek kerana 'celebrity syndrome' yang kian menular ni, kita rasa macam semua orang perlu tahu kita di mana, apa yang kita rasa.

Memang benar - Twitter ini seolah-olah merapatkan kita pada orang-orang yang lazimnya tak akan bertegur-sapa pun dengan kita. Kita bersembunyi di sebalik logo si burung biru dan hanya bermain dengan kata-kata. Kena gaya, kita dapat lebih ramai kenalan, lebih ramai kawan. Suka hatilah kalau nak bertwit sana, bertwit sini. Tapi berbaloikah 'menuwit' sehingga tercalar hati kawan baik kita sendiri? Yang tak faham tu, kenapa perlu 'menuwit' sedangkan masalah boleh selesai kalau kita bersemuka? Ataupun sudah tak wujud perkataan 'bersemuka' dalam diari hidup semenjak wujudnya si burung biru atau si mukabuku?

Tak faham. Jadi baik kita fokus pada benda yang lebih mudah difahami - yakni kemenangan Harimau Malaya! Yeah, ini baru namanya berbaloi dan wajar disokong. Di bawah pimpinan King Gopal, skuad kebangsaan kita memang layak dipuji kerana mempamerkan corak permainan yang cukup baik. Akhirnya merasa juga kita Suzuki Cup [nak menunggu Thomas Cup balik Malaysia memang berjanggutlah jawabnya!] Tahniah buat Harimau Malaya [ataupun bak kata Mira - Tiger Malaysia! Kui kui kui... suka hati ko je tukor nama ye Mira]

Sehingga bertemu di lain masa [macam ler ni rancangan khas aku - aku ni pun ada 'celebrity syndrome' gak kot, haha] ~Salam Cuti Bola!

1 comment:

  1. Sejujurnya aku mengikuti kisah hidup si amfibia ni selepas aku mmbaca kisah cikgu din. Tidak aku sangka graduan doktor ini bisa menulis dan membuka mata banyak pihak melalui tulisannya. Kerja sebagai penulis, kerja sebagai jurutera, kerja sebagai penyapu sampah, kerja sebagai doktor semua menuju ke arah yang sama. menyumbang kepada masyarakat. Sila menjadi doktor yang baik kerana anda seorang yang unik!!

    ReplyDelete