Wednesday, March 3, 2010

Bulan Produktif Karya

Tersenyum lebar sendiri...

Minggu lepas dapat kiriman dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpen saya telah diterbitkan untuk majalah Tunas Cipta keluaran Mac 2010. Keluaran April 2010 nanti pula, ulasannya pula akan keluar. Gembira bukan kepalang mengenangkan ada orang selain orang-orang tersayang yang sanggup meluangkan masa membaca dan menilai karya saya.



Sebentar tadi pula, tergerak hati hendak membelek majalah Mingguan Wanita keluaran terbaru [5-10 Mac 2010]. Wahhh... muka depannya si artis jelita Maya Karin. Dan di dalamnya... satu lagi hasil nukilan saya. Alhamdulillah. Walaupun tajuk asalnya [Baliklah, Cik Su!] telah ditukar kepada tajuk yang lebih komersial iaitu Lara di Hati, nama saya tetap tertera sebagai penulis dan jalan ceritanya tidak diubah sedikit pun. Seronok juga dapat berkongsi glamer dengan Maya Karin, haha!



Sebentar lagi hendak mencari Dewan Kosmik pula. InsyaAllah, jika mengikut maklumbalas daripada editor melalui e-mel, satu lagi karya bakal tersiar di situ =)

Terima kasih buat semua yang tak putus-putus memberikan galakan dan sokongan...

p/s: sesi penggambaran ADTS bakal bermula! teruja teruja!

6 comments:

  1. tahniah buat nadia juga. wah! dalam diam2, produktif sungguh berkarya ya. :)
    Ahli AVA maju teruss!

    ReplyDelete
  2. "Tuah dan Jebat...dua-dua tak pakai otak! itulah persamaannya!"
    Terpinga-pinga kami mendengarkan kesimpulan yang dibuat oleh Cikgu Din. Cikgu Din masih tenang. Dia menjelaskan dengan lebih lanjut.

    (Cikgu Din: Nadia Khan : Berita Minggu 21 Mac 2010)

    Assalamualaikum,
    Sengaja saya memetik dialog di atas sebagai salam diskusi pada kali pertama saya menjejakkan kaki di laman Catatan Amfibia awak ini. Hari ini, satu lagi karya awak keluar dalam terbitan Berita Minggu yang bertajuk 'Cikgu Din'. Ya, sebuah hasil karya yang dianggap baik pada bacaan saya. Saya suka pada cara atau kaedah strategi Cikgu Din mengajar pelajarnya untuk subjek Sejarah, sehingga para pelajarnya begitu seronok untuk belajar subjek tersebut. Namun, sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada para pelajar tidak semuanya disukai sesetengah orang. Kalau tidak mendapat tentangan dalam kalangan warga pendidik sendiri, sikap ketidakpuashati kalangan ibu bapa (ini yang kerap berlaku)pula menjadi halangan yang merencatkan sistem ilmuan di nagara kita ini terus berkembang dalam kalangan pelajar. Persoalan inilah yang dapat saya gali dalam cerpen tersebut. Saya bercakap dari hati seorang guru seperti saya yang berasa kecewa dengan tindakan sesetengah masyarakat yang terlalu mudah menyalahkan para guru apabila sesuatu yang buruk berlaku ke atas anak-anak mereka, tanpa menyelami dan mengesani punca permasalahan sebenar.
    Syabas, teruskan usaha awak dalam berkarya dengan memaparkan lebih banyak persoalan-persoalan atau mesej yang kritis untuk digauli minda.Inilah yang menjadikan dunia sastera kita sentiasa hidup dan dinamis.

    ReplyDelete
  3. aku jarang sekali ingin membaca carpen di dlm akhbar berita minggu.. kerana aku bosan dgn jenis tulisan yg mengunakan byk metafora,hyperbola dan tulisan yg meleret2. tp hari ini tah mengapa aku tergerak membaca cerita cikgu din. tulisan seorg yg mengambil jurusan perubatan.. tepat dan berterus terang. keep it up girl!! teruskan menulis..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah..

    Cerpen di akhbar biasanya saya hanya baca satu dua perenggan pertama. Jarang saya tertarik untuk membaca sebuah cerpen hingga habis. Dalam dua bulan mungkin hanya ada sekali dua sahaja.

    Cerpen Cikgu Din sangat menarik.

    Tahniah;-)

    ReplyDelete
  5. =) terima kasih buat semua komen dan ucapan tahniah... rasa gembira bila dapat tahu penulisan saya 'sampai' ke hati pembaca... insyaAllah, saya akan terus berkarya...

    ReplyDelete
  6. Tahniah neddo, saya tumpang gairah dgr kejayaan awk. :)

    ~Putri Lily~

    ReplyDelete