Thursday, February 25, 2010

Berdesing!

Sudah lebih 24 jam perut kosong. Jadi bila terpandang saja sambal berlado masakan mama, terus terangkat selera. Tapi, masuk saja sambal berlado dalam mulut, mata saya jadi bulat. Saya pandang abang, dia juga begitu. "Ma, apsal berdesing sangat sambal nih? Cili apa mama pakai?"

"Kan Abang Apis dah pesan, sempena musim perayaan ni, cili ni je yang ada"

Abang Apis ini sepupu saya. Orang berniaga nasi lemak. Bahan mentah untuk buat nasi lemak itu dah jadi sebahagian dari hidup dia. Maklumlah, periuk nasi. Kenalah jaga. Katanya cili yang tinggal cuma cili berdesing tu- cili Bangi namanya [adakah kerana cili ini hanya boleh didapati di Bangi? Uish, payah tu. Musti tak banyak mana] sehinggalah musim perayaan tamat.

Hairan. Ke mana perginya cili? Kenapa bila musim perayaan, cili jadi terhad? Rayanya pun Gong Xi Fa Chai. Ke mana hilangnya semua cili?

Ini adalah antara persoalan yang akan sentiasa berlegar, tapi tak mungkin dapat dijawab. Kalau dijawab secara sinikal, katanya kita ni tak sayangkan negara pula.

Samalah seperti persoalan "Kenapa kita hantar orang ke angkasa untuk kaji sel barah? Orang yang berpenyakitnya di bumi, kenapa sampai perlu ke angkasa? Kenapa perlu belanja sampai RM 102 juta untuk buat begitu?"

Saya sahut dengan satu situasi [ini kisah benar ye]...

Ada sukarelawan datang minta derma untuk membina sebuah pusat rawatan untuk kanak-kanak cerebral palsy. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini mengalami rencatan pertumbuhan otak. Ia mungkin berpunca dari saat dia dalam rahim, ketika dilahirkan ataupun setelah dilahirkan. Mungkin kerana jangkitan, mungkin juga kerana sebarang kemalangan yang berlaku di mana-mana jangka waktu yang tiga tadi. Masalahnya pelbagai: masalah penglihatan, pendengaran, otot dan sebagainya. Serba tak kena. Simpati bukan sahaja buat kanak-kanak itu, tetapi buat mereka yang menjaganya. Perlukan banyak sokongan.

Saya tanyakan pada sukarelawan ini "Ada dapat bantuan kerajaan?"

"Ada" jawabnya.

"Berapa?"

"RM 10 ribu"

=)

4 comments:

  1. Hehehe..tersenyum sendiri saya baca kisah benar Ned tu. RM10k tu pun agaknya ntah macamana punya payah diaorang nak bagi. Saya nak berkongsi kisah benar tentang hal yang lebih kurang sama. Adik saya pengidap Asperger Syndrome jadi terpaksa belajar di kelas pendidikan khas. Setiap kali ada aktiviti yang hendak dijalankan untuk budak-budak pendidikan khas ni, cikgu dan wakil PIBG kelas pendidikan khas terpaksa jadi 'pengemis' untuk minta dana. Nak dijadikan cerita, satu hari mak hadiri mesyuarat nak minta sumbangan dari PIBG (mak mewakili ibu bapa pendidikan khas) dan dia hampir menanggis bila ada seorang bijak pandai dari buat ayat 'RM 3000 untuk budak-budak tu? Apa yang diaorang tahu. Buang duit aje! Baik kita gunakan untuk benda lebih berfaedah.'
    Terkedu + sedih. Kalau ikutkan hati nak saja saya menyumpah tapi mengenangkan mak ada di situ, saya diamkan aja. Nanti dipanggil kurang ajar pulak kan? =)
    Bukan tak sayangkan negara tapi 'mereka' yang selalu beri sebab untuk kita jadi sinikal.

    ReplyDelete
  2. salam fara... RM 10 ribu tu bukan diberi lump sum pulak tu, tapi diberikan dalam bentuk RM 2 ratus sebulan. apa sangat agaknya boleh buat dengan duit banyak tu... saya katakan pada sukarelawan tu "ini mau cover duit transportation you sebulan pun tak cukup tau!"

    saya bersimpati mendengar kisah fara, mak dan adik. hairan saya, apa keutamaan mereka sebenarnya? sudahlah sekarang ini hendak turunkan kos untuk hospital-hospital... kalau dah kemudahan asas macam hospital dan sekolah pun nak berkira, nak main potong bajet... jadi apa kat kita ni nanti?

    ada yang ada kuasa, tapi tiada otak... ada yang ada hati, tapi tiada kuasa...

    ReplyDelete
  3. ada yang ada kuasa, tapi tiada otak... ada yang ada hati, tapi tiada kuasa.. - ya. sangat betul kata-kata ned tu.

    itu baru sikit cerita yang saya beritahu. belum lagi diskriminasi yang selalu orang2 bijak pandai ni buat pada budak2 OKU ni. ada yang memang membantu tapi tak ikhlas. sekadar nak nama dan populariti. pasal duit orang boleh jadi gelap mata. pasal nak popular orang boleh jadi gelap hati.

    orang macam kita ni yang tak de kuasa dan harta memang tak boleh nak buat apa. setakat marah dan beri pendapat bolehlah. tapi semua tu tak guna juga kalau pihak yang tak berkenaan tak mendengar.

    ReplyDelete
  4. setuju fara.. tapi insyaAllah, apa yang termampu kita akan laksanakan =)

    nak ucapkan tahniah untuk cerpen Adik di majalah jelita.. ahli AVA maju terusss!

    ReplyDelete