“Every man has his secret sorrows which the world knows not; and often times we call a man cold when he is only sad.”
Itu merupakan kata-kata Henry Wadsworth Longfellow, seorang penyajak Amerika yang pernah popular satu ketika dahulu.
Setuju benarlah saya dengan kata-katanya, lagi-lagi pula kalau tepat terkena batang hidung sendiri. Saya ini orang yang jenis suka berdiam diri tatkali hati terguris. Memang saya orang yang hatinya mudah terusik. Benda yang kecil bagi orang, besar bagi saya.
Tapi tak kira seteruk manapun calarnya, saya simpan. Saya diamkan. Saya anggap macam lebam. Lama-lama hilanglah dia. Cuma perlukan masa. Kata orang, masa merawat segalanya.
Masalahnya... kadang-kadang tu... tak sempat lebam lama tu sembuh, lebam baru pula bertandang. Lebam ni kalau mengikut istilah saintifiknya, salur darah kita tercedera. Tapi sistem dalam badan kita cepat menepek [menepek? paham-paham jelah...] kembali dinding salur darah tu.
Tapi kalau dah berkali-kali, berapa pantas agaknya badan kita hendak merawatnya? Berapa lama sebelum dinding itu runtuh?
Saya tak suka berperasaan begini. Saya tak suka sikap dingin yang dipaparkan kerana memendam secebis hati yang terguris [eh... terlebih puitis sudaa...]
Hati ini seperti kulit saya juga rupanya... Lebam datang tak tahu dari mana punca, tahu-tahu sudah membengkak bagai nak gila... Namun sakitnya tak begitu terasa... Moga masa merawat segala...
Akak setujulah dengan konsep lebam ni.Sabarlah ya..nanti lebam tu hilang. Sepanjang hidup ini, entah berapa banyk punya lebam kita akan rasa, yang patah, yang luka ,yang tercalar, terhiris semuanya ada.Kita terpaksalah alami juga..
ReplyDeleteitulah kak... kadang-kadang sesetengah orang tu kalau cakap pun main lepas je. kita ni beriyalah pikir dulu sebelum bercakap, takut hati orang tersinggung. "terlajak kata, buruk padahnya" kan. jadi bila orang tak buat benda yang sama, itu yang mudah terasa tu.
ReplyDeleteLebam - kena gigit hantu kot? akekeke
ReplyDeleteteori gigit hantu tu mak saya pernah ketengahkan dulu... cuak gak mendengarnya, sebab saya memang senang lebam. hehe..
ReplyDeletecenggana nak daftar AVA ni, AK? tetiba takleh masuk blog AVA plak, huhu..