Wednesday, January 6, 2010

Tiga Budak Bengong

Malam tadi setelah sekian lama tidak menonton wayang bersama abah dan mama, akhirnya saya berjaya mengumpan mereka. Kata saya "Ini filem Aamir Khan!" Itu saja sudah cukup untuk meyakinkan mereka. Mama- tak payah ceritalah, memang peminat Hindustan. Abah pula semakin sudah tertanam kekagumannya terhadap bakat lakonan Aamir Khan semenjak cerita Lagaan, Taare Zameen Par dan Ghajini. "Shah Rukh is a performer... but Aamir is a true actor"

Kami tidak tersilap langkah. Bermula 8.15 hingga 11.15 malam, tidak ada satu saat pun yang berlalu tanpa penuh penghayatan... baik diiring tawa mahupun airmata.

Bagaimana mahu didefinisikan cerita ini? Munna Bhai M.B.B.S/Patch Adams versi kejuruteraan? Hmm... mungkin juga. Tapi inti patinya tentang kehidupan. Perbezaan cara dan gaya menghadapi realiti.

"Life is a race." Hidup ini satu perlumbaan. Namun haruskah begitu? Itu persoalan pokok bagi filem ini. Dan apa makna hidup yang berjaya? Kereta mewah, rumah besar dan duit berkepuk? Atau kebolehan mencari kebahagiaan di setiap ceruk, tidak kiralah betapa gelap sekalipun?

"Aal izz well!!!"

Itu laungan dalam salah satu lagu di dalam filem ini, dan juga ungkapan yang menjadi moto hidup Rancho [lakonan Aamir Khan]. Jika diteliti betul-betul, maksud sebenarnya ialah "All is well." Kata watak Rancho "Hati ini cepat benar takut. Jadi ada ketika kita perlu membuat helah untuk sang hati. Ketika ketakutan memuncak, kita perlu katakan padanya- Aal izz well [semuanya baik belaka]"

Mujur tiada orang yang duduk betul-betul di sebelah saya di dalam pawagam. Kalau tidak, dia umpama menonton kartun jika melihat reaksi-reaksi saya sepanjang menonton filem 3 Idiots ini. Ada ketika saya tersenyum sendiri, tertawa sambil menepuk tangan... ada ketika pula saya melopong terkejut sambil menutup mulut dengan kedua belah tangan, kemudian air mata mengalir tanpa rasa segan.

Cerita itu, seperti kehidupan, mempersembahkan pelbagai kejutan. Tatkala ia berakhir, ia tetap kekal dalam kotak memori. Watak-watak Rancho, Raju dan Farhan seolah-olah sahabat-sahabat saya sendiri. Tiga budak bengong... =)

4 comments:

  1. tapi, aku x brape berkenan la kt Aamir. Cuma masa tgk Gahjini, aku terasa dia cute.

    Ironi, hari ni ko buat ulasan, hari ni jugaklah dalam NST jugak Utusan kuar berita how successfull this story is.

    Nanti tgk My Name Is Khan sesama ok? Pastu sesama perasan jadi Kajol di sisi Shahrukh.

    ReplyDelete
  2. Haa...tengok filem Hindu juga ke. Akak tengok filem2 Hindi yang terpilih aja.

    Akak suka filem Korea dan Jepun. Terutama genre fantasi dan seram.

    ps: Nanti akak nak email Neddo pasal novel akak. Akak nak maklumat sikit untuk buat reseach.Boleh ya..

    Tahniah untuk Puaka Pak Jaha. Mula baca akak tak perasan itu karya Neddo. Baca entri AVA baru tau :)

    ReplyDelete
  3. salam kak lily.. haha, saya memang peminat filem Hindustang! tapi secara jujurnya [bukan sebagai peminat filem hindustan tetapi 'pengkritik' filem, ecewahhh... filem 3 Idiots ni memang saya rekomen!]

    cite korea dan jepun pun saya layan. pendek kata, semua pun layan. film enthusiast! =D

    wah, novel kak lily? best best! hantar ler =) mana-mana leh tolong saya sudi menolong...

    ReplyDelete
  4. AK suka lagu kuch kuch hota hey - sampai tahap main serunai lagu tu wooo ...

    ReplyDelete