Malam tadi kali kedua menghadiri rehearsal Aku, Dia dan Tong Sampah. Sebuah filem projek pelajar-pelajar tahun akhir program ijazah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Puncak Perdana, dan insyaAllah, bakal menerjah pawagam. Tenaga produksinya terdiri daripada sekumpulan anak-anak muda yang punya kesungguhan dan minat yang mengagumkan [jika berminat mengetahui tentang perkembangan filem ini, anda boleh ke sini]
Saya sendiri sudah lama tidak terlibat secara langsung di dalam sebuah produksi, dan ini pula pertama kali menjadi sebahagian dari produksi filem [selama ini sekadar membuat produksi teater kecil-kecilan di universiti]. Keseronokannya bukan sesuatu yang dapat diungkap dengan kata-kata [ecewahhh...]. Sejak kecil saya tidak pernah melepaskan peluang terlibat dengan seni persembahan. Kata saya pada tenaga produksi ADTS ketika sesi pengenalan dengan mereka, "Anda tidak tahu betapa saya ingin bertukar tempat dengan anda."
Seni persembahan suatu impian tergendala. Dan hanya bila impian itu masuk gear pertama [mungkin sekarang ni dah gear kedua kot... ke ketiga?], tempoh penganggur professional/penulis sepenuh masa saya hampir berakhir. Dua minggu lepas, fail yang saya beli khas untuk meletakkan karya-karya yang tersiar telah diganti dengan sijil-sijil yang diperlukan untuk temuduga masuk kerja.
Tapi minggu lepas, muncul 'tanda-tanda' yang tak dijangka...
# kerja menulis masuk dalam bentuk projek yang agak besar, disertakan dengan bayaran awal
# bermulanya penglibatan saya secara langsung dengan ADTS
# temuduga kerja ditangguhkan [Raya Cina daa...]
Semangat yang cuba saya bakar untuk masuk kerja seolah-olah perlahan-lahan dipadamkan oleh hujan renyai yang lembut dan menyegarkan.
Berilah saya kuasa meramal. Dah penat bergaduh antara gerak hati dan kuasa minda.

Wah, awak yang tulis skrip filem ni? wah...
ReplyDeleteSaya juga salah seorang pelajar di UiTM Puncak Perdana tapi saya pelajar dari fakulti lain. Ada terlihat poster filem ni ditampal di sekitar kolej dan bangunan fakulti jika tidak silap.
Sesekali ada juga lihat pelajar fakulti TEKA berlakon dan buat tayangan. Serasa mahu lihat bagaimana sesebuah filem itu dibuat dengan mata kasar... :D
nad : thanx alot c0z sudi bersama-sama kami dalam menjayakan ADTS...thanx a l0t and kami memang mengalu-alukan kedatangan kamu ke dalam kumpulan kecil kami....:)
ReplyDeleteridh-one : jika mahu melihat secara dekat atau mahu inf0 lebih banyak tentang filem ini...sila layari akudiadantongsampah.blogspot.com