Saturday, February 6, 2010

Ada Apa Dengan Mukabuku?

Mukabuku. Ataupun lebih dikenali dalam Bahasa Sanskritnya sebagai Facebook [selalu kalau orang nak buat lawak pasal bahasa, mesti kata Bahasa Sanskrit... ke saya sorang je?]

Rasanya semenjak Facebook ini menjadi kian popular, tak putus-putus saya menerima pujukan dari rakan-rakan untuk saya membuka akaun Facebook saya sendiri. Bermacam-macam hujah diketengahkan demi memujuk saya yang tetap keras hati tidak mahu membuka akaun...

Justify Full"Friendster is obsolete! Siapa guna Friendster dah sekarang ni! Macamana kau nak keep-up dengan kawan-kawan!"
...tapi masih ada syarikat 'bijak' dari Malaysia yang hendak beli Friendster.

"Bukak lah Facebook! Boleh share gambar"
...kat blog pun boleh share gambar kan?

"Kalau ada Facebook, barulah kau tahu perkembangan terkini"
...perkembangan terkini apa agaknya yang begitu ekslusif di Facebook?

"Facebook boleh bantu dalam networking"
...networking via Facebook? What happened to the human touch?

"Tak fun lah kau ni takde Facebook! Semua orang bertanya aku, ke mana kau pergi?"
...pernahkah dikau terfikir bahawa daku tidak mahu dijumpai? Wahha, fasa gila glam ku telah berakhir

Sehingga hari ini masih tiada seorang pun yang berjaya meyakinkan saya untuk membuka akaun Facebook. Baru petang tadi saya duduk berborak dengan sahabat baik tentang ini. Saya pinta dia berikan saya satu saja alasan yang cukup baik untuk saya membuka akaun Facebook. [CJ, aku tak payah tulislah alasan apa kau bagi eh? Hehe...] Niatnya memang mulia - untuk mengeratkan hubungan.

Seorang lagi sahabat lain pernah bersedih mendapat tahu berita tentang kekasih lamanya yang memetrai kasih baru. Hanya dengan satu ayat di Facebook, berjaya memberikan impak dalam hidup seseorang.

Kadangkala ia membuatkan saya terfikir, adakah teknologi seperti Facebook sebenarnya merapatkan kita atau merenggangkan kita? Kerana Facebook, tiada siapa lagi perlu mengangkat telefon dan mendengar suara. Tiada siapa lagi perlu bersua muka. Segala khabar dan gambar terang tertera. Anda ingin sampaikan salam - kotak komen tersedia! Bukan saja tuan punya dapat membaca, malah sesiapa saja yang berada di dalam rangkaiannya.

Hakikatnya kita telah menjadi generasi yang dahaga. Dahagakan perhatian dan dambakan kehidupan selebriti. Saya pernah terbaca sebuah artikel di dalam suratkhabar Star [kalau tak silap saya] tentang sindrom ini. Ia membicarakan tentang blogging, di mana lontaran suara untuk pertukaran pendapat telah bertukar menjadi diari harian untuk diberitakan ke seluruh dunia siber.

"Hari ini saya buang air besar 2 kali, buang air kecil 5 kali. Sila komen"
...kalau suruh saya komen, saya kata "Mujur boleh buang air! Kesian ada sesetengah orang tu tak boleh buang air sampai 2 hari! Seksa tu! Kui kui kui...

Jangan terasa ya. Sudah tentu bukan semua blogger begitu. Ada yang benar-benar ingin berkongsi pandangan dan meluaskan perspektif. Tabik sama anda! Malam tadi berbual dengan kenalan lama dan kenalan baru [kedua-duanya nama sama!] tentang mania blogging. Bayangkanlah, jika ada orang mengikuti blog kita, kemudian kita tidak mengikuti blog dia kembali, boleh jadi gaduh! Padahal kita tidak tahu-menahu sekalipun tentang penglibatannya dalam blog kita. Niat kita sekadar hendak menyuarakan buah fikiran. Dari mana pulanya datang isu publisiti!

Saya blogging sebagai satu lagi cabang penulisan. Hari-hari diari siber saya telah lama berlalu. Maaf jika saya tidak turut demam Mukabuku =p

6 comments:

  1. Salam, ziarah.

    Tertarik dengan artikel terbaru saudari. Pada mulanya saya pun tidak berminat dengan MUKABUKU, hinggalah sesorang memberitahu saya cuba guna MUKABUKU untuk menjejak rakan-rakan lama. Alhamdulillah, akhirnya saya akan anjurkan reunion dengan kawan -kawan yang terpisah 15 tahun dahulu... semuanya bermula dengan MUKABUKU.

    Apa yang penting bagaimana kita mengawal dan menggunakan manfaat yang ada pada MUKABUKU tersebut. Jangan kita yang dikawal oleh MUKABUKU dan terperangkap dengan kerja yang sia-sia.


    Matmin

    ReplyDelete
  2. setuju dengan matmin! saya dulu pun gunakan friendster dengan tujuan yang sama. satu lagi masalah dengan Mukabuku ni, terlalu banyak aplikasi sehingga bisa melalaikan. ada seorang rakan yang terlalu asyik dengan sebuah permainan yang terdapat di Mukabuku sehingga sanggup berbelanja wang ringgit, bayangkan!

    ReplyDelete
  3. Salam Neddo,

    Hahaha...saya gunakan MUKABUKU sama niatnya dengan saudara Mat Min. Mencari rakan-rakan lama yang dah lost contact. Dulu gunakan friendster tapi sejak kawan-kawan berhijrah ke MUKABUKU, saya pun ikutkan saja walaupun sebenarnya sampai sekarang pun ada certain features di MUKABUKU yang saya tak tahu dan tak minat nak tahu macamana nak gunakan.
    MUKABUKU adalah 'masalah' sosial baru yang menyerang masyarakat sekarang. Ada kawan saya boleh tak tentu arah hidup dia kalau dia balik ke kampung (sebab tak boleh online dan melayari MUKABUKU). Ada pula yang setiap saat nak di update statusnya sampai satu tahap saya terpaksa 'hide' diri dia dari profile saya sebab dah tak larat nak tahu perkembangan dia.Apa yang saya dapat di MUKABUKU selain daripada keep in touch dengan rakan-rakan lama? Saya dapat memerhati dan belajar tentang perangai dan ragam manusia. Hahaha...di MUKABUKU ni Ned, awak akan bertemu dengan 1001 manusia yang pelbagai ragam. Sedikit sebanyak boleh dijadikan 'modal' untuk penulisan kita.
    Pokok pangkalnya terletak pada hati kita. Jangan terlalu leka dengan MUKABUKU sampai hidup sebenar terabai.

    p/s: Saya suka baca blog Neddo sebab isinya bermakna. Heheh...selamat menulis, Doktor!

    ReplyDelete
  4. salam fara,

    terima kasih kerana mengikuti =) saya juga sering membaca entri-entri blog fara [minat cerita jepun rupanya.. hehe.. saya suka baca buku-buku karya penulis jepun. dua buku yang sedang dalam pemerhatian saya *dalam pemerhatian ni maksudnya nak beli tapi tak cukup budget, tadi saja dah beli dua buku penulis india, huhu* iaitu Yakuza Moon karya Shoko Tendo dan The Housekeeper + The Professor karya Yoko Ogawa]

    bab update status ni memang dah jadi macam satu penyakit. sindrom selebriti. hehe.

    ReplyDelete
  5. hye salam ziarah...
    rupanya kita serupa...saya pun masih belum 'bernafsu' utk membuka akaun FB walaupun sudah berkali-kali dipujuk dan digoda oleh kawan2...sampaikan ada yg bertanya "kau ni memang tak suka berkawan ya?"
    sejujurnya saya rasa FB boleh melalaikan. kerana terlalu byk games dan aplikasi yg menarik. sy risau terjebak sehingga berjam2 buang masa di situ saja.
    tp akan dtg tak tahu lah pulak saya.mungkin sy akan ada juga FB jika betul2 perlu, tp bukan skrg lah. huhu!

    ReplyDelete
  6. just opened up this blog..
    just knew this girl.

    i like this post.. a lot =)
    finally ade teman yg takde FB!

    ReplyDelete